C erita Lawak Tentang Telor Rebus...



Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab masih belum dikurniakan anak.Aku ni ada satu kegemaran - iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahulah kenapa aku suka sangat makan telur rebus, mungkin sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila sesangat ngan telur rebus. Pagi petang siang malam asyikkk makan telur rebus.Tapi sejak aku kahwin,aku terpaksalah berkorban, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab setiap hari orang rumah aku masak sedap-sedap.. So aku dah tak kisah lagilah pasal telor rebus ...

Ceritanya bermula begini, satu hari masa aku balik dari kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun tipon bini aku ........katakan yg aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar aku pun singgah la satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepas tu aku order lagi 3 biji telur rebus untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti.

Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepala aku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku pulak terasa nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...

Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance la, aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku sendiri pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan kasi kurang sikit bau dia... bau telur tembelang............

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa nak kentut lagi lah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepas tu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. maun mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh....lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam bapak dan mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak cover malu, aku tanya ler kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab dengan nada sinis........ !! Dah lama.....Sebelum kentut ko yang pertama lagi!!'.: sekian....
HABIH.....:.
MORAL OF THE STORY = BERHATI2 DI JALAN RAYA :)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ke MaNa mEnGhiLaNg???


huhu. lama giler xberblog..sejak hbs ja mgaji, xkelih da blog ni..huhu. teruknya aku...tp nk bt cmna..mmg bizih gilah..hbs ngaji, trus keja. dok umah xsampai smgu pong..kucing aku kt rumah pon xsempat nk tya khabar.hahhahha..
la ni pon bizih gak. tp dok cari masa nk caari balik doonia ku yang hilang...hmmm...rasa cm da xmcm dulu...da xsempat nk berjoli cm doolu2..la ni dok mgadap keja jah..byk ilmu nk ditadah nih. bagaikan ayaq hoojan, mencurah2. kdg2 smpai lencon. hahhahhah. oooppsss!! apa point aku sebenatnya nih? dok melalut ja nih. huhu..istighfar2...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

LucKY baMBo0 ~ SEeDinG FriENDsHip

Flirtatious

Tanggal 1 april 2009, berlangsunglah GRADuation Nite Dinner di Grand Riverview Hotel.. temanya Corporate & Elegant.. huhu.. jenuh gak mencari bju utk diner. dh la kena corporate, elegan plak tuh.. yelah.. slalunya aku setia ngn tshirt n sluar jah.. mana la reti sgt nk corporate2 nih. h0h0.cari punya cari, last2 dpt jgk. uptown mali.. haha.. tq my Dear sbb tulun teman n pilihkan.. Ros pun puji tau. ngeh2. ok jah dinner mlm tu.. tp ada gak la yg xpuas hati.. aku xkesah sgt pon.. apa yg penting, aku mkn dgn kenyangnya pd mlm itu :D .. tp part yg paling aku suka bila time last2 tu. ada persembahan video drp kwn2 aku.. mesejnya, fuhh, power!! nyaris nangis aku. hukhuk. 'seeding friendship'.. suka sgt ngn msj yg cuba disampaikan. sbb apa yg depa lakonkan tu betol2 terjadi kt aku.. cmna aku stat kwn, pastu rapat, mesra, mkn sesama, minum teh secawan, brekpes sesama, merayau sesama, main kejar2 kt pdg,.. mcm2 lg lah. mmg syg giler ah kt dia.. tp tiba2 gaduh. xtau sgt sbb apa.. masing2 terasa hati n mula mendiamkan diri. hukhuk. aku time tu ego kot, xnak mintak maaf pon.. tp sebenatnya time gaduh tu mmg rasa sedey sgt.. sunyiii sgt.. rinduuu sgt time2 rapat dlu. smpaikan aku penah mimpi n nangis time tido. hukhuk.tp alhamdulillah, msuk tahun baru n tahun2 seterusnya, kami makin ok.. dh bleh bertegur sapa.. nk tahu x... ada satu hari tu aku on da way ke library. tetiba aku dgr ada org panggil aku. kaleh2, dia rupanya. tu la 1st time dia tegur aku dulu. hati aku sonok giler, xtergambar ngn kata2... spjg jln aku ke library, aku senyummmm jah. mcm org tgh angau pon ada. hahhahhah. tu crita 1st. ada byk lg crita ttg 'dunia sahabatku'. nti2 la crita plak.. dh terlebih melalut plak. sebenatnya nk crita pasal lucky bamboo yg kitaorg dpt mlm dinner tu.. simbolik kpd persahabatan kitaorg selama 4 tahun di PPSK ni.. cantik pokoknya. aku sebenatnya dh lama berkenan kat pokok tu. sebelum tu pon aku dh tanya ani pasal lucky bamboo yg ada kt bilik dia.. aleh2 dpt time dinner ni. suka sgt la.h0h0.. rupa2nya ada byk jenis dan susunan pokok ni.. Black forest, Braided ponytail, Flirtatious, Solitaire and mcm2 lg lah.. setiap satu membawa maksud yg tersendiri.. kalu ikut feng shui la.. in my opinion la, cukup sesuai utk dijadikan sbg hadiah atau kenang2an.. lgpon senang ja nk jg pokok ni.. kononnya mcm pokok kaktus la jgk.. tp kan, malangnya lucky bamboo aku dh tukar color kuning. hukhuk. dh nk mati dh. xdpt diselamatkan lg.. sedey jgk tp aku dh jgka dh.. aku ni bukan dlm golongan tangan hijau, tp golongan tangan panas. xleh tanam pokok, komfem mati. hahhah.cubaan aku mjaga kaktus sblm ni pon gagal. bygkanla, kaktus pon boleh mati di tgn aku. fuh! mmg panas giler arr tgn aku. h0h0. sori la kwn2.. bukannya xmau jaga leklok, tp pokok tu yg xmau hidup ngn aku. huhu. aku pon frust jgk.. ngeh3.

by the way, kat sini aku selitkan sket pasal pokok lucky bamboo nih...

  1. ~ telah lama digunakan oleh org Cina utk Feng shui yg baik
  2. ~drp famili Dracaena dlm pengkelasan saintifik
  3. ~memerlukan sedikit cahaya utk hidup
  4. ~batangnya tumbuh lurus tp dgn memberikan sentuhan seni kreatif btgnya bleh dibentuk menjadi curly dan berpusar
  5. ~pjg batangnya antara 4 - 48 inci
  6. ~org cina memberikan makna yg berbeza kepada pokok ini bergantung kpd bilangan batang yg diberi. 7btg = kesihatan yg baik (utk kwn yg jatuh sakit), 6btg = kemakmuran,murah rezeki (utk congrats kwn yg naik pgkat), 3btg = kebahagian,kekayaan,pjg umur (utk psgn baru bkawen)
  7. ~pokok ini sebaiknya diletakkan pd tmpt yg menerima indirect sunlight. plus, pokok ini bleh hidup ngn artifial light

mcm2 bentuk susunan yg bleh dipilih. bentuk hati 'Flirtatious', yg kt atas ni sesuai la dihadiahkan kpd yg tersayang ataupon secret admire. so pd yg tgh dok meng'usya2' tu, bleh la try bg lucky bamboo lps ni. mana la tau, kot2 melekat ingatan dia kt kita bila tgk pokok tu. nak2 dia pon jatuh syg kt kita. hehheh.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

keNAngaN....


huhu..pejam celik,pejam celik,dh 4 tahun berlalu...mcm2 jenis kenangan dh tercipta. suka, duka, manis, pahit, busuk,wangi, bla, bla, bla...wahai sahabat2ku, masih ingatkah lg tika itu, tika kita bergelak ketawa, nangis sama2...huhu...windunya kt hampa suma..bila lg bleh kita suma jumpa ek??konvo nti?insyaAllah....
madah kat bwh ni untuk tatapan sahabat2 di luar sana...
PERSAHABATAN ( Khaleel Gibran)

Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia menjawab:

Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.

Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

i'm Back!! Back 0n tHE TraCk!!

Huhu..akhirnya...stlh sekian lama mjelajah kayangan (tersesat sebenatnya), akhirnya berpijak semula di bumi yg nyata..bumi yg ku cinta..hoho.

Back on the track! so, watch out, guys!! hehe.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

siapa saya???

hai!! selamat berkenalan...saya wiwi, si kura-kura kecil...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

SaLam...

SaLam....

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati